Tuesday 31 December 2013

BAHAGIA

Hakikat sebenarnya bahagia adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain. Membahagiakan orang orang yang kita sayang.Membahagiakan rakan rakan seperjuangan membahagiakan sahabat handai.mencari redha dari sang pencipta dengan memberikan haknya..iaitu terus beribadat dan beramal soleh terhadapnya.Ingatlah jika kita membahagiakan seluruh makhluk maka kita akan berasa bahagia.Itulah hakikat sebenarnya bahagia.Semoga bahagia menempuh tahun baru dengan harapan dapat lebih banyak membahagiakan sesiapa saja yang berada di sekeliling kita.ingat Allah, Allah akan ingat kita.Kekuatan hanya datang daripada dia yang maha esa...selamat berbahagia menempuh tahun baru 2014.
Mari kita sama sama baca doa untuk keluarga bahagia..

Friday 20 December 2013

Janji


Adat berniaga memang ada risikonya.Yang penting kita jujur dan ikhlas dalam menjalankan perniagaan kita.Niat untuk berkongsi dan memberi manfaat kepada orang lain.
Sejak mula bebisnes online dan offline macam-macam ragam pelanggan saya jumpa .Apa-apa pun saya still happy melayan karenah mereka.sebab saya memang minat meniaga.
Tapi satu perkara yang buatkan saya sedih ialah kalau saya tak dapat nak memenuhi janji saya.Saya juga tak nak dan langsung tak suka kalau dikatakan MUNGKIR JANJI.Tak menepati janji.
Cara terbaik saya akan berterus rerang kepada pelanggan tapi penerimaan orangkan lain-lain.Kita sebagai manusia biasa tak lari darielakukan kesilapan.
Apalah yang lebih baik dari perancangan Allah.Kita hanya merancang tapi dia telah dulu merancang untuk kita.
Dalam berniaga kita tak boleh putus asa.cuma apa yang terjadi diambil ikhtibar dan perbaikinya agar tidak berulang lagi.
Bagi pelanggan-pelanggan pula tolonglah faham.

Sunday 15 December 2013

Assalamualaikum

Assalamualaikum...nama saya Hasmah binti Abdul Hamid..Bercita-cita ingin menjadi WAHM suatu hari nanti insyaallah.oleh itu saya cuba berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dropship di fb dan sangat teruja melihat kegigihan WAHM yang berjaya. Saya juga ingin berjaya seperti mereka. Dan berharap dapat berkongsi ilmu dan memberi manfaat kepada orang lain.Paling bahagia jika dapat bersama anak-anak dirumah...terus bekerja tanpa perlu meninggalkan anak2 di nursery...tanpa perlu keluar rumah ...

Friday 6 December 2013

perjalanan penuh liku...

MkHari ni balik dari kerja terus ke nursery ambik kakak dan adik tergambar wajah-wajah keriangan anak-anak.Kesiannya seharian duduk di nursery.Dalam kereta aku tanya hari ni tadi makan apa? ini soalan biasaku pada anak-anak setiap hari.Kakak kata makan nasi,keropok dan telur.aku mengeluh telur lagi.. semenjak cuti sekolah ni aku rasa hampir setiap hari anak-anak makan telur kesiannya anak ummi. kakak  pula bersuara,ummi kakak rasa kakak dan adik ni duduk dalam sangkar Le. kak bad tu penjaga burung ,dan kami semua burung..waktu makan jer  baru lepas dari sangkarnya.Ya allah menitik air mata.Subhanallah..budak sekecil kakak yang berumur 7 tahun boleh berfikir macam tu.Ibu apakah aku ni.Astafirullah halazim.Sedih tak terkira dan terus call hubby yang sedang duty.Hubby terus kata so ummi bila lagi? Aku faham maksud hubby tu.Memang itulah yang aku fikirkan BERHENTI KERJA kalau aku kira-kira balik kos aku bekerja lebih tinggi.sebab perjalanan ke tempat kerja jauh..petrol,belanja,masa dan yang paling penting anak-anak aku yang terbiar tu.oh tuhan kau berikanlah petunjuk.
Apa-apa pun hidup perlu diteruskan.Demi masa depan anak anak ummi terpaksa terus bekerja.Dalam keadaan taraf hidup yang semakin tinggi ni ummi terlalu risau jikalau anak anak tak mendapat keselesaan jika keperluan kehidupan tidak cukup dalam berbagai segi.
Apa apa pun bersyukur...